Pengertian Hukum Islam (Syara') - Wajib, Sunat, Makruh, Mubah/Harus, Haram

By | 11:23 PM Leave a Comment


Di dalam ajaran agama islam terdapat hukum atau aturan undang-undang yang harus dipatuhi oleh setiap umat berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Hukum islam yang disebut juga sebagai hukum syara' terdiri atas lima komponen iaitu antara lain wajib, sunath, haram, makruh dan mubah :
Penjelasan dan Pengertian/Erti Definisi Hukum-Hukum Islam :
1. Wajib (Fardu)
Wajib adalah suatu perkara yang mesti dilakukan oleh muslim yang dewasa dan waras (mukallaf), di mana jika dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan akan mendapat dosa. Contoh : solat lima waktu, tunai haji (jika telah mampu), membayar zakat, dan lain-lain.
Wajib terdiri atas dua jenis/macam :
- Fardu/Wajib 'ain adalah suatu hal yang harus dilakukan oleh semua muslim mukalaf seperti solat fardu, puasa ramadhan, zakat, haji bila telah mampu dan lain-lain.
- Fardu/Wajib Kifayah adalah perkara yang harus dilakukan oleh muslim mukallaff. Namun jika sudah ada yang melakukannya maka menjadi tidak wajib lagi bagi yang lain seperti mengurus jenazah.
2. Sunat
Sunat adalah suatu perkara yang bila dilakukan umat islam akan mendapat pahala dan jika tidak dilaksanakan tidak berdosa. Contoh : solat sunat, puasa Isnin/khamis, solat tahajud, memelihara dan sebagainya.
Sunat terbahagi kepada dua jenis/macam:
- Sunat Mu'akkad adalah sunat yang sangat dituntut/anjurkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti solat eid/raya dan solat terawih.
- Sunat Ghairu Mu'akkad iaitu perkara yang diputuskan oleh hukum fiqh sebagai sunat ghairu mu'akkad atau kerana ia kurang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW seperti puasa Isnin/khamis, dan lain-lain.
3. Haram
Haram adalah suatu perkara yang mana tidak boleh sama sekali dilakukan oleh umat islam di mana sekalipun mereka berada kerana jika dilakukan akan mendapat dosa dan siksa di neraka kelak. Contohnya : main judi, minum minuman keras, zina, durhaka pada orang tua, riba, membunuh, fitnah, dan lain-lain.
4. Makruh
Makruh adalah suatu perkara yang digallakan supaya tidak dilakukan akan tetapi jika dilakukan ia tidak pula berdosa dan malah jika ia ditinggalkan akan mendapat pahala dari Allah SWT. Contoh : makan minum berdiri, makan bawang/makanan yang berbau kurang enak sebelum solat berjemaah dll.
5. Mubah/harus
Mubah adalah suatu perkara yang jika dikerjakan oleh seorang muslim mukallaf dia tidak akan mendapat dosa dan tidak pula akan mendapat pahala. Contoh : makan dan minum, berziarah dan belanja, berhibur, dan sebagainya.
Newer Post Older Post Home

0 comments: